Wednesday, July 30, 2008

Ini adalah Karangan untuk Peraduan "Pengeluaran KWSP untuk Membeli Emas" anjuran Hasbullah Pit


PINGAT EMAS OLIMPIK

Inilah yang dimaksudkan emas yang bernilai 1 juta. Atlit Malaysia yang berjaya merangkul pingat emas olimpik akan mendapat habuan berupa RM 1Juta!! Malangnya tiada seorang pun atlit Malaysia yang berjaya merangkul pingat emas. Sandaran utama pemenang pingat emas Malaysia yang pertama di olimpik iaitu Lee Chong Wei dalam acara badminton ternyata gagal dengan misi yang amat sukar kerana kehebatan Lin Dan beraksi di tempat sendiri. Mungkin pingat emas sulung negara yang dinantikan oleh berjuta rakyat Malaysia akan muncul pada Olimpik tahun 2012?

Adakah emas sesuatu yang biasa? Sudah tentu! Emas digunakan dalam kehidupan kita seharian. Malah sejak zaman dulu emas merupakan mata wang iaitu dinar dan dirham. Lihat saja filem P. Ramlee ada kelihatan wang emas. Komputer, kabel elektrik, peralatan elektrik, telefon bimbit juga diperbuat dari unsur emas yang dicampurkan dengan logam kuprum, nikel dan aloi dalam pembuatannya. Tapi dalam jumlah yang sedikit. Emas mahal :P .

Dalam kehidupan seharian terdapat juga perkataan yang dikaitkan dengan emas. Contohnya, anak emas, pisang emas, kasut emas(anugerah penjaring terbanyak dalam bola sepak), suara emas (penyanyi yang mempunyai suara yang merdu) dan banyak lagi. Malah jika anda selalu mengorek hidung pasti emak atau rakan anda akan melemparkan kenyataan sinis " Eh banyak betol emas yang ko korek tu!". :P ...

Fakta : Tahukah anda bahawa emas 1gram sahaja boleh dileperkan menjadi seluas sehingga 1meter persegi?
sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Gold


Bercakap tentang emas, Encik Hasbullah Pit membuat satu Peraduan "Pengeluaran KWSP untuk Membeli Emas". Berikut adalah fakta di mana saya menyokong langkah dan pendapat Encik Hasbullah Pit.

KWSP sebagai mana yang anda tahu semua pekerja mempunyai KWSP kecuali pendatang haram :P . Jika majikan tidak mendaftar KWSP untuk pekerjanya ia adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan. KWSP ialah seperti simpanan untuk hari tua kita. Jika tidak mahu KWSP dan jika mempunyai skim pencen maka boleh dipilih skim pencen. Tapi sekarang kebanyakkan organisasi dan kakitangan kerajaan menggunakan kaedah KWSP.

Kenapa perlu KWSP membenarkan pencarumnya membeli emas. Di sini membeli emas ialah kita mengeluarkan sejumlah wang dari KWSP dan dilaburkan dengan membeli emas untuk tujuan pelaburan. Kenapa emas? Kenapa bukan perak, gangsa, berlian dan sebagainya?..

1) Emas mempunyai nilai yang amat stabil.

Emas adalah kukuh nilainya berbanding matawang. Contoh : Matawang yang digunapakai di seluruh dunia ialah US Dollar. Sebab itu negara Amerika menguasai ekonomi di seluruh dunia. Tapi itu bukan jaminan matawang US Dollar tetap akan kukuh. Buktinya pada serangan 11 September 2001, nilai matawang US Dollar telah jatuh menjunam. Index saham Dow Jones Industrial Average (“DJIA”) jatuh 684 mata, atau 7.1%, ke 8921 mata setelah bursa saham dibuka. Dan terus menjunam 1,369.7 mata pada akhir minggu tersebut. Bursa saham Amerika telah kerugian 1.4 trillion usd. (sumber http://en.wikipedia.org/wiki/9/11#Economic_aftermath ) Pada masa yang sama, nilai emas telah mendadak naik. Kalaulah kerajaan Amerika melaburkan semua sahamnya kepada pelaburan emas mungkin kerugian tidak seteruk ini. Itu pun jika kerajaan Amerika tahu akan serangan tersebut kerana ia adalah serangan secara mengejut.

Gambar A ( sumber http://www.kitco.com )

Kesimpulannya emas adalah kukuh berbanding matawang tidak mengira sama ada peperangan, kejatuhan ekonomi, bencana alam, dan sebagainya.


2) Emas adalah asset yang mempunyai nilai tinggi.

Tidak seperti asset seperti rumah dan kenderaan atau harta peribadi kita yang lain, mempunyai susut nilai. Malah rumah dan kenderaan yang kita miliki sebagai asset mempunyai kos penyelengaraan. Emas mempunyai nilai yang amat tinggi walaupun dijual balik. Sebagai contoh, Ali membeli ipod berharga RM200 pada tahun 2006 dan Borhan membeli emas sebanyak RM200 pada tahun 2006. Pada tahun 2008 mereka berdua bercadang menjual ipod dan emas mereka. Agak-agak berapa keuntungan yang akan mereka perolehi?

Gambar B ( sumber http://www.kitco.com )

Ok kita mulakan pengiraan. Sila rujuk Gambar B

Situasi Ali :
Ali pula membeli ipod dengan harga RM200 dan selepas 2 tahun mustahil dia boleh menjual dengan harga LEBIH dari RM100. Katakan dia menjual dengan harga RM100 dan dia hanya mendapat RM100. Jadi telah kerugian RM100 dari urusniaga tersebut.

Situasi Borhan:
Emas pada 3 Januari 2006 berharga 530 usd 1 ounce.
1 ounce emas = 31.1034768 grams. (sumber http://wiki.answers.com )
Jadi 1 gram emas = 17.034 usd.
Dengan kiraan 1usd = RM3.33 (sumber http://www.xe.com/ )
RM200 = 60.06usd

Jumlah emas yang boleh dibeli oleh Borhan
3.53 gram pada tahun 2006


Emas pada 3 Januari 2008 berharga 860usd 1 ounce.
1 ounce emas = 31.1034768 grams.
1 gram emas = 27.65usd
3.53 gram = 97.60usd
Dengan kiraan 1usd = RM3.33
97.60usd = RM325

Jadi Borhan telah untung RM125 dari penjualan emas tersebut. Bermaksud dia telah mendapat lebih 60% keuntungan dari urusniaga tersebut. Jika anda diberikan pilihan anda mahu menjadi Ali atau Borhan? Pilihan di tangan anda.

Dengan dua sebab utama di atas tidak dinafikan bahawa KWSP perlu membenarkan pencarumnya mengeluarkan caruman KWSP untuk membeli emas. Emas bukan sahaja boleh dijadikan perhiasan atau sumber pembuatan tapi boleh dijadikan sumber pendapatan dan pelaburan yang amat berbaloi. Renung-renungkan dan fikir-fikirkan.

Ini adalah Karangan untuk Peraduan "Pengeluaran KWSP untuk Membeli Emas" anjuran Hasbullah Pit


Update terkini. Pautan balik.
  1. demi incik sebol...... - Sishoney
  2. Emas, emas dan emas - ASAL
  3. Simpanan Hari Tua Anda - GARAM (secukup rasa)
  4. Emas,KWSP & Encik Hasbul.+PsyChoMaTix+
  5. encik hasbullah yang hensem - JeBorn
  6. KWSP GOLD ?- HardyWeb
  7. Withdrawing KWSP to buy gold ?- |1f34|-|1r3
  8. Pelaburan Emas VS Pelaburan ASB - Afham
  9. PELABURAN EMAS lwn PELABURAN KONVENSIONAL Naim Jalil
  10. Emas Bernilai 1 JUTA RINGGIT?? Dookie (mp3syiok)
  11. Emas Tempayan - Jie (Hidup Biar Sedap)
  12. Simpanan Hari Tua Anda | Emas KWSP Abd Fatah

0 comments:

Click Below For English Songs

Click Below For Malay Songs

 
Blog redesigned by mp3syiok.blogspot.com